Friday, May 28, 2010

Aku geram...! Adoyai Manusia..


Aku x faham la pompuan zaman sekarang ni.. Da x de langsung positive thinking dalam diri masing2 terhadap org yg dia syng.. Aku ni kat cni bukan la nak mengata.. Cuma sepatutnya dia x leh nak cemburu dgn aku.. Aku x penah buat jahat pada dia.. Da dpt pun apa yg dia nak.. Sepatutnya dia faham dgn hubungan kami.. Incik Mat da jadi memori da buat aku.. Kami skang cuma berkawan.. Dia patut tahu.. Hubungan kami dah melebihi 4 tahun.. Tak usah la nak cemburu wanita.. Aku tak ambik la dia tu.. lagipun aku rasa tak yah nak bentak dgn siapa dia nak berkawan.. Aku tak tipu.. Memang aku da masak sgt dgn perangai Incik Mat.. Tapi dia tetap tak leh nak salahkan aku.. kan bagus klu kita pun jadi kawan.. Adoi.. Bikin kepal gue pusing lagi.. Malas btul nk melayan.. Bukan nk memalukan sesiapa depan sesiapa.. Terpulang la nak pk apa.. Aku orait je.. Yang penting skang aku takkan mudah melatah.. Ha ha..




Lagi satu benda yg aku nak cerita kat cni.. Pasal manusia skang yang macam gila kuasa bila da jadi majikan.. Aku bukan la nak menyibuk.. Cuma aku nak bercerita je.. Sebab dalam hati aku ni pun ada gak perasaan geram.. Aku ada sorang kawan ni.. Dia pernah la keja kat satu station minyak SHELL ni.. Kat area johor.. Lebih specific lg kt johor jaya.. hu hu.. Tapi yg mana.. kena la tuan2 cari sendiri yer.. Majikan dia ni.. Ya ALLAH.. Memang belagak gila.. Nak org lain hormat dia.. Tapi dia x penah rasa hormat pada org lain.. Nak dijadikan cerita yang aku pun naik geram sama.. kawan aku ni, cuma dapat keja kat situ sebulan lebih je.. Sebabkan majikan dia yg dengki tu la.. Dia bentikan kawan aku ni.. Dengan cara camni.. Kalau korang la.. Boleh terima x..?

A~~ Memberhentikan pekerjanya melalui satu panggilan telepon..
B ~~ Yang menyampaikannya salah sorang dari pekerja kat citu..
C ~~ Diberhentikan tanpa diketahui sebabnya..

Patut ke..??!!?

Kawan aku ni received phone call tu satu jam selepas dia balik keja pada hari tersebut.. Padahal katanya.. BOS BESAR ada time dia abis keja.. Patutnya, majikan dia ni kena la panggil kawan aku ni.. Cakap dgn dia apa masalahnya.. Pulak tu.. Bukan dia yg menyampaikan.. Pekerja dia.. Bukan ke majikan dia yg amik dia keja.. patutnya majikan dia la yg kena buang dia.. BIADAP..! Yg paling aku x puas hati.. Tukang telepon tu siap cakap cam ni...

" Bos kata.. Esok awak tak payah datang keja.. Hujung bulan amik gaji.."

Sedap je mulut dia.. Tapi aku rasa tukang telepon tu x de kena mengena pun.. Cuma dia mangsa keadaan je.. Dulu masa nak amik org keja dgn dia.. Bukan main.. Siap interview.. Dengan hormatnya.. Bagi baju.. Siap name tag.. Tapi patut ke bila nak buang org keja.. pakai phone call je..? Camtu nak jadi majikan..? Apa dia ingat dia besar sgt..? Tu la manusia.. Bila jadi kuli dulu.. pandai pulak merendah diri.. Bila da jadi majikan.. Tak senang punggung.. Asyik nak dengki org je.. Aku dgr kata.. punca utama kawan aku ni kena buang sebab.. BOS TAK SUKA DIA.. Kesian.. Jadi mangsa dengki org.. Kawan aku tu punch card dia x penah pun merah tau.. MC pun x penah.. Clean & Clear je..

Kawan2 ingat la ye.. Bila kita da jadi majikan.. Lagi2 bila kita buat business sendiri.. Jangan la mudah lupa diri.. Kita ni sesama manusia.. Kalau rezeki awk tu da banyak.. Jangan la nak dengki periuk nasi org.. Allah tak suka tau.. Bukan la nak kata kita ni baik sangat.. Tapi ingat je.. dunia ni cam roda.. jangan ingat awk tu kat atas je.. esok lusa ke bawah jugak.. Bukan nak memalukan sesiapa tapi cerita ni kisah benar dan jadikanlah sebagai ikhtibar.. Sebab bukan semua manusia baik utk "FORGIVE & FORGET".. Ada juga manusia yg berdendam.. Tak baik klu kita hidup dgn sumpah seranah org lain..

HORMATLAH ORANG LAIN KALAU NAK DIRI KITA DIHORMATI DAN DIPANDANG TINGGI.


.



Wassalam..!

Monday, May 17, 2010

Duniaku gelap gelita..

Bukan aku sengaja meninggalkan dia dan tak pernah terlintas untuk aku berjauhan dari dia.. Tak pernah aku salahkan dia sebab aku hanyalah manusia biasa yg leka.. dan ada kala ketikanya aku tersilap memilih insan untuk mendampingiku.. Banyak yg aku rahsiakan pada dia.. Aku punya insan lain dibelakangnya yang selama ini setia.. Tapi semua itu x pernah kekal.. Aku akhirnya sedar.. Cuma dialah yang mampu memberi segala yang aku mahu.. Aku benar2 kesal.. Tapi kepulangan aku ke pangkuan dia nyata pilihan yg salah.. Dia sudah berteman.. Aku redha keran mungkin ini balasan atas apa yang aku lakukan padanya dulu.. Terus terang, aku x pernah redha berundur diri.. Tapi aku sedar.. Aku tiada saat dia memerlukan aku.. Lemah semangat aku.. Memang nyata salah aku..


SALAM UNTUK KEKASIH

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kita hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan segalanya.. Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan..

Aku ingin mulakan hidup baru dengan mengenang kenangan indah kita bersama..
Sesungguhnya aku masih menyintaimu..